“Jangan takut jatuh, karena yang tidak pernah memanjatlah yang tidak
pernah jatuh. Jangan takut gagal, karena yang tidak pernah gagal
hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah,
karena dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan
untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.”
― Hamka
Walaupun seribu kali kita jatuh.. bangkitlah dalam mencari jalan yang benar buat kali keduanya.. jangan mengalah kerana mengalah itu menunjukkan kita gagal.
ALLAH berikan kita hujan hari ini tidak bermakna selamanya akan hujan pasti ada matahari yang menyinar.
Aku cuba kuatkan diri walaupun ku tahu kadang kala aku tidak mampu. Menangis menenangkan diri.. mencari damai supaya kata-kata yang dilontarkan tidak menyakitkan pada yang mendengar. Menahan marah dan rasa yang menghimpit. walaupun hakikatnya dihimpit rasa pedih yang menyucuk dihulu hati. Lidah adalah senjata yang amat tajam dari mata pedang. Setiap kata-kata yang dikeluar bisa melukakan atau dilukakan..
Cuba untuk mengawal apa yang dinamakan kemarahan. Cuba mengingatkan diri api lawannya haruslah air dan aku harus menjadi air itu. Hanya mampu kuberikan sepotong ayat Al-Fatihah kepada si api supaya jiwanya tenang..